Posts

Showing posts from May, 2011

Menu hari Ahad..

Image
Salam buat semua... Ini menu ahad lepas ya...dedicated for zauji tersayang dan anak2.Tapi bukan ahad ni,ahad lepas.Petang ni dah nak balik kampung,menunya tentulah ikut my mummy tersayang ....nyum...nyum 4 je...tak pandai masak Haseef tu tengah ligat sekarang...kalau saya ke dapur,dia pun mula la buat2 sibuk sama.Nak nasi,nak sudu,nak periuk....sibuk2. Gulai daging Ni la first time saya masak gulai daging dengan rebung...favorite orang Perlis Indera Kayangan.Agak2 nya kenapa ya?Di sini banyak ditanam rebung madu...bukan rebung hutan tau!rasanya lain sikit. Gambar ni dari pakcik google tau...(rupa rebung sebelum masak) Rebung ni kecik2...kalau di Perlis,tanamannya telah dikomersialkan... Pokoknya yang kecil...senang nak ambik,tapi jangan suruh saya...saya tatau. Menu ke2---- Salad Ala Orang Mesir(salatoh) Tetiba ja teringatkan sayur kegemaran saya masa study kat Mesir nun....gargir...atau watercress kata omputih(taktau le betol tak).Tapi memang sedaaaaaap sa

Akhirnya dapat jua.... Samsung Galaxy S i9000 (Metallic Black)

Image
Bukan saya punya tau....ini suami saya punye... Baru sampai...berdebar2 nak tengok... Order dari KL... Kotaknya setelah dibuka... Suami saya ni  memang minat dan suka dengan gadget2 terkini.Kalau jalan2 shopping market...bukannya nak ke kedai baju,tp tgk tv lcd,notebook terkini,ipad terbaru....boring,kan?tak minat lansung!Tapi saya suka tengok kegigihannya yang suka survey,tanya itu...tanya ini......orang yang sangaaaaat teliti bila nak beli sesuatu.Kadang saya naik boring juga...kadang2 tu...abang takyah la beli..hehe... Taraa......setelah dibuka kotaknya Tengok tu...bayangkan gambar2 ni,dia ambil tau dari sebelum buka...sampailah dah boleh pegang ...hset yang dibeli 4tahun dulu pun disimpan lagi.Macam mana la rumah kami ni tak dipenuhi dengan barang2 koleksinya. Charger...and wayar sambungan...cover dapat free kot Sory la kalau tak clear...gambar2 ni diambail gunakan Nokia je,kamera Canon saya tu dah nyawa2 ikan...hidup segan mati tak mahu. Android and

Terkini: BAHAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

Image
Kepada Guru -guru jQAF yang ingin mendapatkan bahan KSSR bolehlah mendownload di sini: 1. Standard Prestasi Bahasa Arab Tahun 1 2011   2. Contoh Instrumen Kemahiran Mendengar & Bertutur 3. Contoh Instrumen Kemahiran Membaca 4. Contoh Instrumen Kemahiran Menulis 5. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.11 Tahun 2010   6. Surat Siaran Pelaksanaan Modul Elektif KSSR    7. Contoh RPH Bahasa Arab KSSR (unit 1) SElamat Menjalankan Amanah!

SEMAKAN KEMASUKAN KE IPTA BAGI LEPASAN SPM

Image
Kepada semua Calon lepasan SPM yang memohon Kemasukan ke IPTA bagi sesi 2011/2012 boleh membuat semakan di : http://upu.mohe.gov.my - SEMAKAN MELALUI SMS : Taip UPU RESULT [NO. KP] dan SMS ke 15888. Contoh : UPU RESULT 930616076007

SEMAKAN TEMUDUGA IJAZAH PENDIDIKAN (ISMP) & DIPLOMA PENDIDIKAN (DPLI)

Image
Sila buat Semakan Panggilan Temuduga (Program Pengajian Pendidikan) Sesi Akademik 2011/2012 & Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Ambilan Julai 2011 boleh dibuat di:   http://upu.mohe.gov.my   atau https://online.mohe.gov.my/upu/tdugadidik/default.php

Kakak ooo...kakak...baca la buku

Image
Kakak...pi ambik buku,kita baca 2orang.Itulah ayat saya semenjak awal2 tahun lalu. Esok kakak nak exam..... liat betol dia nak baca buku.Adakah saya yang terlalu memaksa...Atau Saya rasa tersilap asuhan,banyak tengok tv ni...harap2 kakak tak terlambat lagi untuk ditarbiah...huhu.. "Anak-anak dilahirkan dengan keadaan fitrah.Ibubapalah yang mencorakkan mereka." Bagus PASTI BESTARI AL-Islah ..ada jadual exam lagi Gambar semasa sukan tahunan..Awat muncung je kakak... Isnin   : Bahasa Melayu dan Bahasa Arab(semalam kakak pulun hafal pekataan arab.Harap2 bole jwb) Selasa: Bahasa Inggeris & Al-Quran (kakak baru di Iqra' 2) Rabu  : Jawi dan Peribadi Muslim Khamis  : PSSPI dan Matematik. Hoohooo...macam dah masuk sekolah rendah. Saya suka guru-guru di situ....Tabah dan gigih,bukannya senang nak menjaga dan mengajar kanak2 dari 4-6 tahun,kan? "Kenalilah Allah...."

Tanah runtuh di Hulu Langat....Al-Fatihah buat mangsa-mangsa yang terlibat

Image
Dipetik dari Berita Harian online 24 orang tertimbus tanah runtuh di Hulu Langat 2011/05/21 KUALA LUMPUR: Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat, dekat sini, hari ini. Setakat 7 petang ini, tiga mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala tujuh lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa, kata polis. Penghuni yang cedera berusia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki dewasa itu dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan. Semua yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada sidang akhbar di sini hari ini. Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja. Semua penghuni rumah itu adalah lelaki.   Ketika kejadian 2.

Budak 4 tahun tergantung pada escolator di Giant,Alor Setar.

Image
Assalamualaikum buat semua.....dah lama tak menjenguk blog ni, dah jadi mcm rumah usang. Mata saya ni,masih tak mau pejam.Masih terbayang-bayang kejadian yang telah menyebabkan lutut saya ni lemah. Begini ceritanya...petang tadi,kami sefamily nak ke kenduri sedara suami di Mergong.Lambat jg kami bertolak,dalam 4ptg.Sampai jam 5,makan2 n sembang2....sampailah kul6.Ambil ubat haseef di KMC...kira2 jam 8mlm,barulah plan nak ronda2 alor setar.Suami sibuk bertanya,saya nak ke mana,biasanya kami akan ke TESCO atau PACIFIC Mall... ntah kenapa hari ni saya teringin sangat nak ke giant...kononnya nak beli jubah yang murah(dipromosikan oleh K.Liza sek saya tu).