Posts

Showing posts from September, 2010

Hari Kantin 2010

Image
Selamat Menyambut Hari Kantin buat semua warga SKJ.Tahniah kepada para guru dan murid-murid yang telah bertungkus lumus menjayakan hari kantin pada tahun ini. Ustazah Rozita wakil gerai sosej dan nuggets Gerai nasi-nasi(nasi lemak,nasi tomato, nasi sayur) Cikgu Chempawan(tokei nasi) dan Cikgu Nazriah Para pembantu Sir Arjunaidi di gerai minuman

Selamat Hari Raya Aidilfitri

" Taqabbalallah Minna Wa Minkum " inilah doa yang digalakkan apabila bertemu pada hari raya. Tahun ini kami sekeluarga berhari raya di Jerlun.Memetik kata-kata di sebuah majalah;" Tak perlu bermasam muka disebabkan giliran raya.Apa salahnya kita membahagiakan hati orang yang kita sayangi,ini akan menambahkan rasa cinta dan bahgia di antara suami dan isteri..."   Ya...saya ingin selalu menjadi isteri yang membahagiakan hati suaminya,menenangkan suami ketika hatinya rawan. Walaupun hati memang teringatkan ayah dan mak di kampung,tapi tahun lepas kami dah berhari raya di Padang Serai. Semoga Allah sentiasa merahmati kita. Cinta kerana Allah.

Selamat Maju Jaya-UPSR 2010

Image
Lama bercuti dari berblogging...Alasannya nak diberi terlalu banyak....alhamdulillah,berjaya mengharungi madrasah ramadhan,menziarahi sanak saudara dan rakan taulan di bulan Syawal,tak kurang juga assigment yang menghampiri datelinenya(huhu...),hari Kantin SK Jejawi juga hampir tiba tak lama lagi(saya ditugaskan menyediakan klip-video kesihatan)...Rasanya tak cukup 24 jam yang Allah Taala kurniakan.Putera saya juga semakin membesar dengan cepat sekali.Lagi 2minggu genaplah umurnya 1tahun(cepat benar masa berlalu).Rasa macam baru je habis berpantang di kampung Padang Serai,sambil ditemani ibu tersayang. Inilah ibuku yang baru menyambut hari lahirnya semalam.Selamat Hari Lahir Ibu....Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.